Sunday, October 30, 2011

Kelebihan Ziarah Orang Sakit *(8)

KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT *(8)


Sabda Nabi (عليه الصلاة والسلام) :


" Apabila ziarah seorang kamu akan saudaranya yang sakit  maka hendaklah ia mendo'a baginya dan hendaklah ia menuntut daripadanya akan do'a maka do'anya itu seumpama do'a malaikat."


Dan sabdanya (عليه الصلاة والسلام):
" Barangsiapa ziarah orang sakit kerana Allah Ta'ala tiada meminta oleh orang sakit  baginya akan sesuatu melainkan diperkenankan Allah Ta'ala baginya."


Dan daripada Saiyidina 'Ali (رضى الله عنه) :
" Pada sakit kanak-kanak katanya kafarah bagi dua ibu bapa."


Dan sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :
" Berubat olehmu maka bahawasanya Allah (عزوجل)  tiada Ia turunkan penyakit mellainkan ia turunkan ubat yang menyembuhkan dia."


Dan daripada Abi 'Abdillah (رضى الله عنه)  berkata ia :
" Bahawasanya seorang nabi daripada ambia sakit ia  maka katanya tiada aku berubat  hingga  menyembuhkan daku oleh  yang memberi sakit akan daku  maka mewahyu Allah (عزوجل) kepadanya ; tiada Aku sembuhkan dikau hingga engkau berubat  maka bahawasanya sembuh daripada Aku dan ubat pun daripada Aku, maka menunjuk atas bahawasanya dituntut suruh ikhtiar berubat daripada sakit, yang menyembuhkan  Allah (سبحانه وتعالى)."


Dan sayugianya bagi orang sakit bahawa berwasiat ia.


Sabda Nabi (عليه الصلاة والسلام) :
" Barangsiapa mati dengan tiada berwasiat, mati ia saperti kelakuan  orang jahiliah."


Dan lagi sabdanya :
" Tiada sayugianya bagi seorang muslim bermalam ia melainkan  adalah surat wasiatnya dibawah kepalanya (serta mensaksikan atasnya) kerana  surat dengan tiada saksi tiada di i'tibarkan dengan dia dan jika menyimpan atas mensaksikan jua, memadai."


Dan pada hadits marfu' :
" Barangsiapa tiada berwasiat tiada di izinkan baginya pada berkata-kata serta segala orang mati, sembah orang; Ya Rasulullah - dan adakah  berkata-kata segala orang mati? Sabdanya -  bahkan dan berziarah-ziarah  mereka itu satengah akan satengahnya."


Kata (دمييرى) : " Aku lihat (خط ابن الصلاح)  bahawasanya barangsiapa mati daripada ketiadaan  wasiat, tiada berkata ia di dalam masa barzakh (ia itu daripada mati hingga hari di bangkitkan manusia dan segala orang mati berziarah-ziarah mereka itu akan yang lain daripadanya maka kata satengah mereka itu bagi satengahnya;  - Apa hal ini laki-laki? Maka dikatakan; -  Adalah ia mati atas ketiadaan berwasiat.


والله أعلم


( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)

الجوهر الموهوب

Saturday, October 29, 2011

Kelebihan Ziarah Orang Sakit *(7)

KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT *(7)

Daripada  'Ali bin Al-Husain radhiallahu 'anhuma berkata ia:
" Sebaik-baik sakit itu iaitu demam, diberi akan tiap-tiap anggota itu bahagiannya daripada bala dan tiada kebajikan pada orang tiada dibalakan dia maka sekaliannya dengan syarat sabar dan redha atas qadha Allah dan hukum-Nya."

Dan daripada Abi Ja'far radiallahu 'anhu berkata ia sabda  Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)  berfirman Allah (عزوجل) :
" Apabila Aku balakan  hamba-Ku maka sabar ia dan tiada mengadu hal ia atas orang yang menziarah akan dia tiga kali, Aku ganti akan dia  daging yang terlebih baik daripada dagingnya dan kulit yang terlebih baik dari kulitnya dan darah yang terlebih baik daripada darahnya dan jika Aku matikan dia Aku matikan dia kepada rahmat- Ku dan jika Aku 'afiatkan dia Aku 'afiatkan pada hal tiada dosa atasnya."

Dan daripada Abi 'Abdillah radhiallahu 'anhu:
" Ziarah oleh mu akan segala orang sakit daripada kamu dan minta olehmu akan mereka itu bahwa mendo'a mereka itu bagi kamu maka bahawasanya do'a orang sakit itu menyamai akan do'a malaikat dan barangsiapa sakit  satu malam (فقبلها بقبولها) disurat  Allah Ta'ala baginya 'ibadat (60) enam puloh tahun, maka dikata  orang; apa makna
 (فقبلها بقبولها)? Katanya  tiada mengadu hal ia akan barang yang mengena akan dia pada malam itu  kepada seorang."  
Kata  Abu 'Abdullah:
"Sesungguhnya mengadu itu bahwa berkata ia; dibalakan daku dengan barang yang tiada dibalakan dengan dia akan seorang atau ia berkata; mengena akan daku barang yang tiada mengena akan seorang dan tiada dinamakan mengadu hal jika ia  berkata berjaga  aku semalam-malam dan demam aku pada hari ini atau umpamanya."



~*~

( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)

الجوهر الموهوب

Wednesday, October 26, 2011

Kelebihan Ziarah Orang Sakit *(6)

KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT *(6)


Dan sabda Nabi 'alaihissalam :
" Dan daripada kesempurnaan ziarah orang sakit bahawa menghantar salah seorang kamu akan tangannya atas muka orang sakit atau atas tangannya maka bertanya akan dia betapa halnya dan kesempurnaan tahyat (penghormatan) kamu antara kamu itu berjabat tangan (kemudian daripada  memberi salam tatkala berjumpanya)."

Dan Daripada AlBaqr (الباقر) radhiallahu 'anhu katanya :
" Berjaga  satu malam daripada sakit itu  afdhal daripada 'ibadat setahun."

Dan daripada  Abi Ja'far radhiallahu 'anhu berkata ia :
" Demam satu malam itu menyamai 'ibadat  tujuh puloh (70) tahun."

Dan daripada  Ibnu 'Abdullah radhiallahu 'anhu berkata ia :
" Sakit kepala satu malam menghapus ia akan tiap-tiap kejahatan yang lain daripada dosa besar."

Dan daripada Abi Ibrahim radhiallahu 'anhu katanya : 
"Sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) - Bagi orang sakit itu empat (4) perkara kelebihannya :
  1. Di angkatkan daripadanya akan qalaman (قلم)-(Tiada disurat akan kejahatannya.
  2. Menyuruh Allah akan malaikat menyurat baginya akan kelebihan segala 'amal yang ada ia kerjakan pada ketika sihatnya maka ditinggalkan dia pada ketika 'uzur sakitnya.
  3. Mengikut sakitnya akan tiap-tiap anggota pada jasadnya maka mengeluar ia akan dosanya daripada tiap-tiap anggotanya itu.
  4. Jika mati ia dengan sakit itu mati ia pada hal diampunkan baginya dan jika hidup pada hal diampunkan baginya."
Dan daripada Nabi (صلى الله عليه وسلم) bahawasanya  bersabda ia :
" Apabila sakit seorang  muslim  disurat Allah baginya akan barang yang terlebih baik barang yang ada ia kerjakan dia pada ketika sihatnya da n gugur dosanya saperti gugur daun kayu pada ketika  meluruhnya."

Dan daripada Al-Kadzim(الكاظم) radhiallahu a'nhu berkata ia :
" Bahawasanya orang mukmin apabila sakit ia, mewahyu Allah Ta'ala kepada malaikat yang sabelah kirinya ; ' Jangan kamu surat atas hamba-Ku  ( akan kejahatan )  selama ada ia didalam ikatan-Ku'  dan mewahyu Ia kepada malaikat yang sabelah kanannya ; ' Surat olehmu bagi hamba-Ku  akan 'amal kebajikan yang ada kamu surat akan dia  baginya pada ketika sihatnya' ."

~*~

( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)

الجوهر الموهوب

Tuesday, October 25, 2011

Kelebihan Ziarah Orang Sakit *(5)


KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT *(5)

Dan Sabda Nabi 'alaihissalam :
" Orang yang ziarah orang sakit itu berjalan ia didalam  rahmat Allah maka apabila duduk ia  di sisinya, menyelam ia di dalam  rahmat-Nya (meliputi akan dia oleh rahmat-Nya saperti barang yang pada riwayat yang lain."

Dan Sabda Nabi 'alaihissalam :
" Ketiadaan menziarah akan orang sakit itu terlebih sangat  pedih atasnya daripada sakitnya."

Dan tersebut  pada hadits yang shahih apabila ziarah seseorang  kamu akan orang sakit maka jangan memakan ia akan sesuatu di sisinya maka bahawasanya bahagiannya itu daripada ziarahnya (makroh bagi orang ziarah itu memakan sesuatu pada sisi orang sakit)  maka jika memakan ia padanya maka tiada dapat pahala ziarahnya.

Dan Sabda Nabi 'alaihissalam :
" Masa ziarah orang sakit itu qadar masa barang yang antara dua kali perah susu unta (diantara dua kali perahan itu ditinggalkan masa yang sedikit dan menyusu akan dia oleh anaknya supaya turun susunya maka diperah akan dia pula)."

Dan riwayat Dailami daripada Jabir:
" Bermula yang afdhal pada ziarah orang sakit itu bersegera bangkit daripadanya kerana bahawasanya terkadang jadi musyaqat (مشقة) atasnya (merayakan bagi orang ziarah akandia) barangkali nyata  baginya hajat melainkan orang yang membela akandia dan orang yang berjinak-jinak ia dengan dia. Demikianlah tersebut di dalam Sirajulmunir (سراج المنير).




~*~

( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)

الجوهر الموهوب

Saturday, October 22, 2011

Kelebihan Ziarah Orang Sakit *(4)

KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT *(4)


Citra daripada Hasan Bashri (Rahimahullahu Ta’ala) :

Bertanya Nabi Musa (‘Alaihissalam) akan Tuhannya (‘Azza wajalla) :
Hai Tuhanku apa bagi orang yang mengunjung orang sakit daripada pahalanya?”

FirmanNya :
“ Aku Keluarkan dia daripada dosanya saperti hari yang diperanakkan ibunya.”

Sembahnya :
“ Hai Tuhanku, apa bagi orang yang mengiringi  akan orang mati daripada pahalanya? “

FirmanNya:
“ Aku bangkitkan pada ketika matinya akan malaikat mengiringi akan dia kepada quburnya dengan panji-panji  mereka itu hingga kepada padang Mahsyar. “

Sembahnya:
“ Hai Tuhanku apa bagi orang yang mengunjungi akan perempuan yang mati anaknya daripada pahalanya? “

FirmanNya:
“ Aku naungkan dia didalam naung ‘Arasy. “





~*~

( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)
الجوهر الموهوب

Sunday, October 16, 2011

Kelebihan Ziarah Orang Sakit *(3)

KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT *(3)


Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :


" Orang yang ziarah  orang sakit itu berjalan ia di dalam  kebun syurga hingga kembali ia (pada menghimpunkan pahalanya saolah-olah ia di dalam  kebun syurga memungut  akan buah-buahannya), "


Dan tersebut di dalam Diratal Munasy syirah (درة المنتشرة) bagi Sayuthi (سيوطى): Tiga (3) perkara tiada sunat di ziarah akan dia:
  1. Sakit mata
  2. Sakit gigi
  3. Sakit bisul.

Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

"  Ziarah orang sakit pada permulaan masanya  itu fardhu dan barang yang kemudian daripadanya sunat ."                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Yang di kehendak dengan fardhu dan sunat di sini sekira-kira maruah (kemurahan hati) atau perangai yang baik tiada dengan sekira-kira syara' saperti kata Ibnu 'Abbas
 (رضى الله عنهما) : Ziarah orang sakit satu kali itu sunat maka yang terlebih daripadanya maka iaitu (نافلة) ertinya bertambah pada sunatnya.

Dan Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

" Tiada wajib ziarah orang sakit melainkan kemudian daripada tiga (3) hari (tiada di tuntut akan dia akan sebagai tuntut yang muakad melainkan kemudian daripada tiga (3) hari atau tiada wajib dengan sekira-kira maruah (kemurahan hati)  dan 'arfa (adat)  melainkan kemudian  daripada tiga (3) hari saperti barang yang tersebut di dalam Ihya."

Dan pada hadits Dailami (ديلمى) daripada Ibnu 'Umar:

" Ziarah orang sakit itu terlebih besar pahalanya daripada mengunjung jenazah kerana barang yang ada padanya daripada membaikkan  hati orang sakit dan ahlinya."

Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

" Barang siapa ziarah orang sakit yang shalih keluar sertanya tujuh puloh (70) malaikat  meminta ampun mereka (malaikat) itu baginya dan keluar mereka (malaikat) itu daripada rumah orang sakit sertanya dan masuk mereka (malaikat) itu kepada rumahnya."

Dan tersebut di dalam  Ihya. Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

" Barang siapa ziarah orang sakit, duduk ia  di dalam kebun syurga hingga apabila bangkit daripadanya, di wakil dengan dia  tujuh puloh ribu (70,000) malaikat meminta ampun mereka itu baginya hingga malam."

Dan Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

" Barang siapa ziarah orang sakit sentiasa ia di dalam memungut buahan syurga."



~*~
( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)
الجوهر الموهوب


Friday, October 14, 2011

Kelebihan Ziarah Orang Sakit *(2)


KELEBIHAN ZIARAH ORANG  SAKIT *(2)


Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

" Ziarah olehmu akan orang sakit dan ikut olehmu akan jenazah nescaya mengingat kamu  akan akhirat. "



Kata Saiyidina Uthman  (رضى الله عنه) :

" Sakit aku, maka datang ziarah  akan daku Rasulullah
 (صلى الله عليه وسلم)  maka membaca ia:

( بسم الله الرحمن الرحيم  )
 (اعيذك بالله الاحد الصمد الذى لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفواءاحد من شرما تجد ) 

Dibaca dia akan beberapa kali. "



Dan pada satu ketika masuk Nabi (صلى الله عليه وسلم) atas Saiyidina 'Ali bin Abi Thalib (رضى الله عنه) pada ketika sakitnya, maka sabdanya:

" Kata olehmu:

اللهم انى ءاسالك تعجيل عا فيتك ءاوصبرا على بليتك ءاوخروجا من الدنيا الى رحمتك فانك ستعطى احداهن




Dan daripada  Nabi Khidir (عليه السلام) :

"Bahawasanya orang sakit apabila tiada ajalnya dan mendoa ia  dengan doa ini pagi petang tujuh-tujuh kali nescaya di 'afiatkan  dia oleh Allah Ta'ala iaitu:

اللهم لا تشمت ءاعدائ بدائ واجعل القران العظيم شفاءى ودواءى فانا العليل وانت المداوى




Dan daripada  Ibnu 'Abbas  (رضى الله عنهما) daripada 
Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

" Barang siapa ziarah orang sakit yang belum sampai ajalnya maka membaca ia akan  do'a ini tujuh (7) kali:

ءاسال الله العطيم رب العرش العطيم ءان يشفيك

nescaya di 'afiatkan dia oleh Allah Ta'ala."

(Hadits Shahih)





Dan  riwayat daripada (امام محب الطبرى) Imam pada Maqam Ibrahim pada Masjid Al-Haram :

" Bahawasanya  seorang perempuan  melihat ia di dalam tidurnya akan seorang mengajarkan dia do'a ini pada hal perempuan itu sakit , maka jaga dia daripada tidurnya dan hafadz ia akan ia dengan dia (do'a), maka di sembuh akan dia  oleh Allah Ta'ala
 ia itu:

سبحانك مااعظمك مااكرمك وبحالى مااعلمك وعلى فرجى مااقدرك انت ثقتى ورجاءى فاجعل حسن ظنى فيك دواءى

Dan telah  mendo'a dengan dia oleh yang lain daripadanya maka di sembuh akan dia daripada sakitnya (باذن الله تعالى)."





~*~
( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)

Wednesday, October 12, 2011

Kelebihan Ziarah Orang Sakit *(1)

KELEBIHAN ZIARAH ORANG  SAKIT *(1)


Riwayat daripada  ( الصادق رضى الله عنه) bahawasanya  berkata ia:

" Di seru akan hamba pada hari qiamat kepada Tuhan (عز وجل) maka di hisabkan dia akan sebagai hisab yang mudah  dan berfirman (الله تعالى) baginya: 

" Hai Mukmin, apa yang menegah akan dikau daripada datang ziarah akan Daku pada ketika Aku sakit? "

Maka kata hamba yang mukmin itu:

" Engkau Tuhanku dan aku hamba Engkau dan Engkau jua yang hidup yang berdiri dengan sendiri, tiada mengena akan Dikau sakit dan penat. "

Maka firmanNya (عز وجل):

" Barangsiapa ziarah akan orang mukmin maka sesungguhnya ia ziarah akan Daku ".

Kemudian firmanNya:

" Adakah engkau ketahui si anu anak si anu? "

Maka katanya:

" Bahkan ya Rabbi. "

Maka firmanNYa baginya:

" Apa yang menegah akan dikau  daripada ziarah akan dia pada ketika ia sakit
Maka jika ziarah akan dia sanya engkau ziarah akan Daku dan engkau dapat akan Daku disisinya, memuliakan dia kemudian jika engkau  meminta akan aku hajat nescaya Aku tunaikan dia, tiada Aku tolak akan dikau daripadanya. "

~*~
( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)

Thursday, October 6, 2011

Ketika Di bawa Ke kubur

KETIKA DI BAWA KE KUBUR

Maksud Hadith

Daripada Anas Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sabdanya :

" Tiga perkara yang akan mengikuti orang mati (ketika di bawa ke kubur) iaitu  kaum keluarga hartabenda dan 'amalan-'amalan  yang telah dilakukannya.  Dua perkara akan pulang iaitu kaum keluarga dan hartabendanya.  Satu perkara sahaja yang akan tinggal (dan ikut bersamanya) iaitu amal kebajikannya."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Pengajaran Hadith :

    • Orang-orang Islam hendaklah menggunakan nikmat kekayaan yang di kurniakan Allah kepadanya untok perkara kebaikkan  yang boleh mendatangkan  kebahagian  didunia dan di akhirat.
    • Umat Islam di kehendaki supaya sentiasa melakukan  'amalan-'amalan  shaleh sebagai bekalan  di akhirat nanti.
    • Kaum keluarga si mati hendaklah melakukan 'amalan-'amalan shaleh bagi si mati untok menambahkan lagi pahala kebajikannya.


(Rujukan : Riadhush shalihin)