Sunday, October 30, 2011

Kelebihan Ziarah Orang Sakit *(8)

KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT *(8)


Sabda Nabi (عليه الصلاة والسلام) :


" Apabila ziarah seorang kamu akan saudaranya yang sakit  maka hendaklah ia mendo'a baginya dan hendaklah ia menuntut daripadanya akan do'a maka do'anya itu seumpama do'a malaikat."


Dan sabdanya (عليه الصلاة والسلام):
" Barangsiapa ziarah orang sakit kerana Allah Ta'ala tiada meminta oleh orang sakit  baginya akan sesuatu melainkan diperkenankan Allah Ta'ala baginya."


Dan daripada Saiyidina 'Ali (رضى الله عنه) :
" Pada sakit kanak-kanak katanya kafarah bagi dua ibu bapa."


Dan sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :
" Berubat olehmu maka bahawasanya Allah (عزوجل)  tiada Ia turunkan penyakit mellainkan ia turunkan ubat yang menyembuhkan dia."


Dan daripada Abi 'Abdillah (رضى الله عنه)  berkata ia :
" Bahawasanya seorang nabi daripada ambia sakit ia  maka katanya tiada aku berubat  hingga  menyembuhkan daku oleh  yang memberi sakit akan daku  maka mewahyu Allah (عزوجل) kepadanya ; tiada Aku sembuhkan dikau hingga engkau berubat  maka bahawasanya sembuh daripada Aku dan ubat pun daripada Aku, maka menunjuk atas bahawasanya dituntut suruh ikhtiar berubat daripada sakit, yang menyembuhkan  Allah (سبحانه وتعالى)."


Dan sayugianya bagi orang sakit bahawa berwasiat ia.


Sabda Nabi (عليه الصلاة والسلام) :
" Barangsiapa mati dengan tiada berwasiat, mati ia saperti kelakuan  orang jahiliah."


Dan lagi sabdanya :
" Tiada sayugianya bagi seorang muslim bermalam ia melainkan  adalah surat wasiatnya dibawah kepalanya (serta mensaksikan atasnya) kerana  surat dengan tiada saksi tiada di i'tibarkan dengan dia dan jika menyimpan atas mensaksikan jua, memadai."


Dan pada hadits marfu' :
" Barangsiapa tiada berwasiat tiada di izinkan baginya pada berkata-kata serta segala orang mati, sembah orang; Ya Rasulullah - dan adakah  berkata-kata segala orang mati? Sabdanya -  bahkan dan berziarah-ziarah  mereka itu satengah akan satengahnya."


Kata (دمييرى) : " Aku lihat (خط ابن الصلاح)  bahawasanya barangsiapa mati daripada ketiadaan  wasiat, tiada berkata ia di dalam masa barzakh (ia itu daripada mati hingga hari di bangkitkan manusia dan segala orang mati berziarah-ziarah mereka itu akan yang lain daripadanya maka kata satengah mereka itu bagi satengahnya;  - Apa hal ini laki-laki? Maka dikatakan; -  Adalah ia mati atas ketiadaan berwasiat.


والله أعلم


( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)

الجوهر الموهوب

No comments:

Post a Comment