Dan sabda Nabi 'alaihissalam :
" Dan daripada kesempurnaan ziarah orang sakit bahawa menghantar salah seorang kamu akan tangannya atas muka orang sakit atau atas tangannya maka bertanya akan dia betapa halnya dan kesempurnaan tahyat (penghormatan) kamu antara kamu itu berjabat tangan (kemudian daripada memberi salam tatkala berjumpanya)."
Dan Daripada AlBaqr (الباقر) radhiallahu 'anhu katanya :
" Berjaga satu malam daripada sakit itu afdhal daripada 'ibadat setahun."
Dan daripada Abi Ja'far radhiallahu 'anhu berkata ia :
" Demam satu malam itu menyamai 'ibadat tujuh puloh (70) tahun."
Dan daripada Ibnu 'Abdullah radhiallahu 'anhu berkata ia :
" Sakit kepala satu malam menghapus ia akan tiap-tiap kejahatan yang lain daripada dosa besar."
Dan daripada Abi Ibrahim radhiallahu 'anhu katanya :
"Sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) - Bagi orang sakit itu empat (4) perkara kelebihannya :
- Di angkatkan daripadanya akan qalaman (قلم)-(Tiada disurat akan kejahatannya.
- Menyuruh Allah akan malaikat menyurat baginya akan kelebihan segala 'amal yang ada ia kerjakan pada ketika sihatnya maka ditinggalkan dia pada ketika 'uzur sakitnya.
- Mengikut sakitnya akan tiap-tiap anggota pada jasadnya maka mengeluar ia akan dosanya daripada tiap-tiap anggotanya itu.
- Jika mati ia dengan sakit itu mati ia pada hal diampunkan baginya dan jika hidup pada hal diampunkan baginya."
Dan daripada Nabi (صلى الله عليه وسلم) bahawasanya bersabda ia :
" Apabila sakit seorang muslim disurat Allah baginya akan barang yang terlebih baik barang yang ada ia kerjakan dia pada ketika sihatnya da n gugur dosanya saperti gugur daun kayu pada ketika meluruhnya."
Dan daripada Al-Kadzim(الكاظم) radhiallahu a'nhu berkata ia :
" Bahawasanya orang mukmin apabila sakit ia, mewahyu Allah Ta'ala kepada malaikat yang sabelah kirinya ; ' Jangan kamu surat atas hamba-Ku ( akan kejahatan ) selama ada ia didalam ikatan-Ku' dan mewahyu Ia kepada malaikat yang sabelah kanannya ; ' Surat olehmu bagi hamba-Ku akan 'amal kebajikan yang ada kamu surat akan dia baginya pada ketika sihatnya' ."
~*~
( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)
الجوهر الموهوب
No comments:
Post a Comment