KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT *(5)
Dan Sabda Nabi 'alaihissalam :
" Orang yang ziarah orang sakit itu berjalan ia didalam rahmat Allah maka apabila duduk ia di sisinya, menyelam ia di dalam rahmat-Nya (meliputi akan dia oleh rahmat-Nya saperti barang yang pada riwayat yang lain."
Dan Sabda Nabi 'alaihissalam :
" Ketiadaan menziarah akan orang sakit itu terlebih sangat pedih atasnya daripada sakitnya."
Dan tersebut pada hadits yang shahih apabila ziarah seseorang kamu akan orang sakit maka jangan memakan ia akan sesuatu di sisinya maka bahawasanya bahagiannya itu daripada ziarahnya (makroh bagi orang ziarah itu memakan sesuatu pada sisi orang sakit) maka jika memakan ia padanya maka tiada dapat pahala ziarahnya.
Dan Sabda Nabi 'alaihissalam :
" Masa ziarah orang sakit itu qadar masa barang yang antara dua kali perah susu unta (diantara dua kali perahan itu ditinggalkan masa yang sedikit dan menyusu akan dia oleh anaknya supaya turun susunya maka diperah akan dia pula)."
Dan riwayat Dailami daripada Jabir:
" Bermula yang afdhal pada ziarah orang sakit itu bersegera bangkit daripadanya kerana bahawasanya terkadang jadi musyaqat (مشقة) atasnya (merayakan bagi orang ziarah akandia) barangkali nyata baginya hajat melainkan orang yang membela akandia dan orang yang berjinak-jinak ia dengan dia. Demikianlah tersebut di dalam Sirajulmunir (سراج المنير).
~*~
( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)
الجوهر الموهوب
No comments:
Post a Comment