Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :
" Orang yang ziarah orang sakit itu berjalan ia di dalam kebun syurga hingga kembali ia (pada menghimpunkan pahalanya saolah-olah ia di dalam kebun syurga memungut akan buah-buahannya), "
Dan tersebut di dalam Diratal Munasy syirah (درة المنتشرة) bagi Sayuthi (سيوطى): Tiga (3) perkara tiada sunat di ziarah akan dia:
- Sakit mata
- Sakit gigi
- Sakit bisul.
Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :
" Ziarah orang sakit pada permulaan masanya itu fardhu dan barang yang kemudian daripadanya sunat ."
Yang di kehendak dengan fardhu dan sunat di sini sekira-kira maruah (kemurahan hati) atau perangai yang baik tiada dengan sekira-kira syara' saperti kata Ibnu 'Abbas
(رضى الله عنهما) : Ziarah orang sakit satu kali itu sunat maka yang terlebih daripadanya maka iaitu (نافلة) ertinya bertambah pada sunatnya.
Dan Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :
" Tiada wajib ziarah orang sakit melainkan kemudian daripada tiga (3) hari (tiada di tuntut akan dia akan sebagai tuntut yang muakad melainkan kemudian daripada tiga (3) hari atau tiada wajib dengan sekira-kira maruah (kemurahan hati) dan 'arfa (adat) melainkan kemudian daripada tiga (3) hari saperti barang yang tersebut di dalam Ihya."
Dan pada hadits Dailami (ديلمى) daripada Ibnu 'Umar:
" Ziarah orang sakit itu terlebih besar pahalanya daripada mengunjung jenazah kerana barang yang ada padanya daripada membaikkan hati orang sakit dan ahlinya."
Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :
" Barang siapa ziarah orang sakit yang shalih keluar sertanya tujuh puloh (70) malaikat meminta ampun mereka (malaikat) itu baginya dan keluar mereka (malaikat) itu daripada rumah orang sakit sertanya dan masuk mereka (malaikat) itu kepada rumahnya."
Dan tersebut di dalam Ihya. Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :
" Barang siapa ziarah orang sakit, duduk ia di dalam kebun syurga hingga apabila bangkit daripadanya, di wakil dengan dia tujuh puloh ribu (70,000) malaikat meminta ampun mereka itu baginya hingga malam."
Dan Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :
" Barang siapa ziarah orang sakit sentiasa ia di dalam memungut buahan syurga."
~*~
( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)
الجوهر الموهوب
No comments:
Post a Comment