Tuesday, March 30, 2010

MELAWAT ORANG SAKIT::: [Tatacara].....

KETIKA MELAWAT ORANG SAKIT

Pastikan:...../
  •  
  • Orang sakit tidak terkejut.
  • Orang sakit cepat mengenali orang melawat dengan memberitahu nama.
  • Kadar lawatan tidak lama kecuali diminta orang yang sakit.
  • Tidak banyak bertanya dan bercerita kecuali penyakitnya ringan.
  • Bersopan santun dan mesra kepada orang sakit.
  • Untuk mendoakan orang sakit supaya cepat sembuh.
  • Tidak melihat apa-apa yang mungkin memalukan orang sakit atau keluarganya.
  • Jangan segera membelakangi orang sakit ketika minta diri untok pulang.
Dianjurkan jua bertanya akan keadaan orang sakit kepada kaum keluarganya.
Terdapat juga doa yang dibolehkan ketika melawat orang sakit, iaitu :
~Membacakan surah-surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sambil meniupkannya kedua telapak tangan kemudian menyapukannya mulai dari kepala dan teruskan sampai keseluruh badan orang yang sakit. dan dilakukan sebanyak tiga kali.~

Doa berikut juga boleh dibaca sambil menyapukan tangan kepada orang sakit.
#~.... Ya Allah,Tuhan yang memelihara manusia, hilangkanlah kesusahan ini, sembuhkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada suatu penyembuhan kecuali penyembuhan Engkau, sembuh yang tidak meninggalkan sakit lagi.....~#

Doa ini pernah dibaca oleh Rasulullah ketika melawat keluarganya yang sakit.



*************

SAKIT:::: [Terimalah Dengan Penuh Kesabaran]....

SAKIT
Adalah anugerah Allah Ta`ala. Terimalah dengan penuh kesabaran.  SAKIT adalah sebagai kafarah bagi dosa-dosa dan kesalahan yang pernah di lakukan.  Jika mahu semua urusan menjadi baik maka bersyukurlah apabila mendapat kesenangan dan bersabarlah manakala ditimpa sakit. Di sebalik penderitaan sakit ada hikmah nya, asalkan :
  • Sabar menerimanya.
  • Tidak mengeluh
  • Tidak memaki-maki takdir.
Sakit juga sebagai ujian supaya kita sedar bahawa Allah berkuasa dan manusia itu sangat lemah.

Apa pula halnya jika saudara anda sakit ??
  •  Hiburkan hatinya
  • Jangan ditinggalkan bersendirian
  • Bagilah penawar/ubat kepadanya.
Kesemua perkara diatas boleh  dilaksanakan dengan menziarinya (melawatnya).
Hak kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim :
  • Menjawab salam
  • Melawat orang sakit
  • Menghantarkan jenazah
  • Mendatangi undangan
  • Menyambut doa terhadap orang yang bersin.
"""""""""

Monday, March 8, 2010

KEMATIAN DETIK TERAKHIR (The Last Dot)

Wahai saudaraku
Ingat dan insaflah
Janganlah lalai dan leka
Dalam menempuh hidup didunia yang fana ini
Suatu masa pasti akan merasa sakitnya MATI
Dan detik terakhir manusia adalah keMATIan

Dari itu berbaktilah sabelum MATI,
Beramallah sabelum MATI,
Hubungkan silaturrahim sabelum MATI,
Ziarah menziarahi sabelum MATI,
Bantu membantu semasa suka atau duka sabelum MATI.


******************


Firman Allah Subhanahu Wata'ala yang ertinya:~

" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai MATI,
dan bahawasanya pada hari kiamat sahaja akan di sempurnakan balasan kamu,
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga,
maka sesungguhnya ia telah berjaya.
Dan (ingatlah) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan
pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terpedaya "



(Surah Ali Emran Ayat 185)