Saturday, October 22, 2011

Kelebihan Ziarah Orang Sakit *(4)

KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT *(4)


Citra daripada Hasan Bashri (Rahimahullahu Ta’ala) :

Bertanya Nabi Musa (‘Alaihissalam) akan Tuhannya (‘Azza wajalla) :
Hai Tuhanku apa bagi orang yang mengunjung orang sakit daripada pahalanya?”

FirmanNya :
“ Aku Keluarkan dia daripada dosanya saperti hari yang diperanakkan ibunya.”

Sembahnya :
“ Hai Tuhanku, apa bagi orang yang mengiringi  akan orang mati daripada pahalanya? “

FirmanNya:
“ Aku bangkitkan pada ketika matinya akan malaikat mengiringi akan dia kepada quburnya dengan panji-panji  mereka itu hingga kepada padang Mahsyar. “

Sembahnya:
“ Hai Tuhanku apa bagi orang yang mengunjungi akan perempuan yang mati anaknya daripada pahalanya? “

FirmanNya:
“ Aku naungkan dia didalam naung ‘Arasy. “





~*~

( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)
الجوهر الموهوب

Sunday, October 16, 2011

Kelebihan Ziarah Orang Sakit *(3)

KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT *(3)


Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :


" Orang yang ziarah  orang sakit itu berjalan ia di dalam  kebun syurga hingga kembali ia (pada menghimpunkan pahalanya saolah-olah ia di dalam  kebun syurga memungut  akan buah-buahannya), "


Dan tersebut di dalam Diratal Munasy syirah (درة المنتشرة) bagi Sayuthi (سيوطى): Tiga (3) perkara tiada sunat di ziarah akan dia:
  1. Sakit mata
  2. Sakit gigi
  3. Sakit bisul.

Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

"  Ziarah orang sakit pada permulaan masanya  itu fardhu dan barang yang kemudian daripadanya sunat ."                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Yang di kehendak dengan fardhu dan sunat di sini sekira-kira maruah (kemurahan hati) atau perangai yang baik tiada dengan sekira-kira syara' saperti kata Ibnu 'Abbas
 (رضى الله عنهما) : Ziarah orang sakit satu kali itu sunat maka yang terlebih daripadanya maka iaitu (نافلة) ertinya bertambah pada sunatnya.

Dan Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

" Tiada wajib ziarah orang sakit melainkan kemudian daripada tiga (3) hari (tiada di tuntut akan dia akan sebagai tuntut yang muakad melainkan kemudian daripada tiga (3) hari atau tiada wajib dengan sekira-kira maruah (kemurahan hati)  dan 'arfa (adat)  melainkan kemudian  daripada tiga (3) hari saperti barang yang tersebut di dalam Ihya."

Dan pada hadits Dailami (ديلمى) daripada Ibnu 'Umar:

" Ziarah orang sakit itu terlebih besar pahalanya daripada mengunjung jenazah kerana barang yang ada padanya daripada membaikkan  hati orang sakit dan ahlinya."

Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

" Barang siapa ziarah orang sakit yang shalih keluar sertanya tujuh puloh (70) malaikat  meminta ampun mereka (malaikat) itu baginya dan keluar mereka (malaikat) itu daripada rumah orang sakit sertanya dan masuk mereka (malaikat) itu kepada rumahnya."

Dan tersebut di dalam  Ihya. Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

" Barang siapa ziarah orang sakit, duduk ia  di dalam kebun syurga hingga apabila bangkit daripadanya, di wakil dengan dia  tujuh puloh ribu (70,000) malaikat meminta ampun mereka itu baginya hingga malam."

Dan Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

" Barang siapa ziarah orang sakit sentiasa ia di dalam memungut buahan syurga."



~*~
( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)
الجوهر الموهوب


Friday, October 14, 2011

Kelebihan Ziarah Orang Sakit *(2)


KELEBIHAN ZIARAH ORANG  SAKIT *(2)


Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

" Ziarah olehmu akan orang sakit dan ikut olehmu akan jenazah nescaya mengingat kamu  akan akhirat. "



Kata Saiyidina Uthman  (رضى الله عنه) :

" Sakit aku, maka datang ziarah  akan daku Rasulullah
 (صلى الله عليه وسلم)  maka membaca ia:

( بسم الله الرحمن الرحيم  )
 (اعيذك بالله الاحد الصمد الذى لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفواءاحد من شرما تجد ) 

Dibaca dia akan beberapa kali. "



Dan pada satu ketika masuk Nabi (صلى الله عليه وسلم) atas Saiyidina 'Ali bin Abi Thalib (رضى الله عنه) pada ketika sakitnya, maka sabdanya:

" Kata olehmu:

اللهم انى ءاسالك تعجيل عا فيتك ءاوصبرا على بليتك ءاوخروجا من الدنيا الى رحمتك فانك ستعطى احداهن




Dan daripada  Nabi Khidir (عليه السلام) :

"Bahawasanya orang sakit apabila tiada ajalnya dan mendoa ia  dengan doa ini pagi petang tujuh-tujuh kali nescaya di 'afiatkan  dia oleh Allah Ta'ala iaitu:

اللهم لا تشمت ءاعدائ بدائ واجعل القران العظيم شفاءى ودواءى فانا العليل وانت المداوى




Dan daripada  Ibnu 'Abbas  (رضى الله عنهما) daripada 
Nabi (صلى الله عليه وسلم) :

" Barang siapa ziarah orang sakit yang belum sampai ajalnya maka membaca ia akan  do'a ini tujuh (7) kali:

ءاسال الله العطيم رب العرش العطيم ءان يشفيك

nescaya di 'afiatkan dia oleh Allah Ta'ala."

(Hadits Shahih)





Dan  riwayat daripada (امام محب الطبرى) Imam pada Maqam Ibrahim pada Masjid Al-Haram :

" Bahawasanya  seorang perempuan  melihat ia di dalam tidurnya akan seorang mengajarkan dia do'a ini pada hal perempuan itu sakit , maka jaga dia daripada tidurnya dan hafadz ia akan ia dengan dia (do'a), maka di sembuh akan dia  oleh Allah Ta'ala
 ia itu:

سبحانك مااعظمك مااكرمك وبحالى مااعلمك وعلى فرجى مااقدرك انت ثقتى ورجاءى فاجعل حسن ظنى فيك دواءى

Dan telah  mendo'a dengan dia oleh yang lain daripadanya maka di sembuh akan dia daripada sakitnya (باذن الله تعالى)."





~*~
( Rujukan : Jauhar Al-Mauhub)