Tuesday, March 30, 2010

SAKIT:::: [Terimalah Dengan Penuh Kesabaran]....

SAKIT
Adalah anugerah Allah Ta`ala. Terimalah dengan penuh kesabaran.  SAKIT adalah sebagai kafarah bagi dosa-dosa dan kesalahan yang pernah di lakukan.  Jika mahu semua urusan menjadi baik maka bersyukurlah apabila mendapat kesenangan dan bersabarlah manakala ditimpa sakit. Di sebalik penderitaan sakit ada hikmah nya, asalkan :
  • Sabar menerimanya.
  • Tidak mengeluh
  • Tidak memaki-maki takdir.
Sakit juga sebagai ujian supaya kita sedar bahawa Allah berkuasa dan manusia itu sangat lemah.

Apa pula halnya jika saudara anda sakit ??
  •  Hiburkan hatinya
  • Jangan ditinggalkan bersendirian
  • Bagilah penawar/ubat kepadanya.
Kesemua perkara diatas boleh  dilaksanakan dengan menziarinya (melawatnya).
Hak kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim :
  • Menjawab salam
  • Melawat orang sakit
  • Menghantarkan jenazah
  • Mendatangi undangan
  • Menyambut doa terhadap orang yang bersin.
"""""""""

No comments:

Post a Comment