Thursday, October 6, 2011

Ketika Di bawa Ke kubur

KETIKA DI BAWA KE KUBUR

Maksud Hadith

Daripada Anas Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sabdanya :

" Tiga perkara yang akan mengikuti orang mati (ketika di bawa ke kubur) iaitu  kaum keluarga hartabenda dan 'amalan-'amalan  yang telah dilakukannya.  Dua perkara akan pulang iaitu kaum keluarga dan hartabendanya.  Satu perkara sahaja yang akan tinggal (dan ikut bersamanya) iaitu amal kebajikannya."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Pengajaran Hadith :

    • Orang-orang Islam hendaklah menggunakan nikmat kekayaan yang di kurniakan Allah kepadanya untok perkara kebaikkan  yang boleh mendatangkan  kebahagian  didunia dan di akhirat.
    • Umat Islam di kehendaki supaya sentiasa melakukan  'amalan-'amalan  shaleh sebagai bekalan  di akhirat nanti.
    • Kaum keluarga si mati hendaklah melakukan 'amalan-'amalan shaleh bagi si mati untok menambahkan lagi pahala kebajikannya.


(Rujukan : Riadhush shalihin)

Thursday, October 14, 2010

Perbanyakkanlah Mengingat Mati

PERBANYAKKANLAH MENGINGAT SAAT YANG MEMUTUSKAN SEGALA KESENANGAN HIDUP,YAKNI KEMATIAN

Tajuk diatas adalah makna sebuah hadith riwayat Abu Hurairah (رضي الله عنه) bahawa Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda :


``أكثروأ ذكرها زم الذات يعني الموت ``


Riwayat Tarmidzi, An-Nasa`i Ibnu Majah dan lain-lain.

Dan doa yang digalakkan kita mengamalkannya ialah :

`` (اللهم أختم لنا بحسن الخاتمه ولا تختم علينا  بسوإالخاتمه )Ya Allah, jadikanlah akhir hidup kami sebaik-baik kesudahan dan janganlah menjadikan akhir hidup kami seburuk-buruk kesudahan, (اللهم أجعل آخركلأ منأ )  Ya Allah, jadikanlah akhir perkataan kami (saat menjelang kematian)- (لا إله إلا الله محمد رسول الله ) Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Pesuruh Allah.``


Ref: Religous Book N0. 182

Monday, August 16, 2010

Maut Pasti Datang

MAUT PASTI DATANG

Dengan menyebut Asma Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah 

صل الله عليه وسلام

 bersabada :

~*~
 Jika Allah menghendaki untuk mencabut ruh orang mukmin, maka datanglah malaikat maut dari arah mulut untuk mencabut nyawanya.  Maka keluarlah zikir dari mulutnya itu dan berkata : `Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut nyawanya dari arah ini, kerana ia telah membuat lisannya  untuk selalu berzikir kepada Tuhanku.`  Maka malaikat maut itu kembali menghadap Tuhannya dan berkata : `Ia berkata begini-begini.` Maka Allah berfirman :` Cabutlah dari arah lain.` Maka malaikat maut datang dari arah tangannya. Maka keluarlah dari arah tangannya itu sedekah, usapan tangan terhadap anak yatim, penulisan ilmu pengetahuan, dan pukulan pedang, kemudian tangan itu berkata saperti yang pertama.  Lalu malaikat datang dari arah kaki, tapi kakinya pun berkata saperti perkataan yang pertama dan bahawa sesungguhnya dia telah menggunakan aku untuk berjalan mendatangi shalat jama`ah dan shalat hari raya serta beberapa majlis-majlis pengajian.  Kemudian malaikat datang dari arah telinga.  Telinganya pun berkata saperti yang pertama.  Sesungguhnya dia telah menggunakan aku untuk mendengarkan ayat-ayat Al-Quran dan zikir.  Kemudian datang dari arah mata, maka mata pun berkata saperti yang pertama, sesungguhnya dia telah menggunakanku untuk membaca mushaf dan kitab-kitab.  Kemudian malaikat maut kembali lagi menghadap Allah dan berkata : `Ya Allah, sungguh aku tidak dapat bergerak mendengar alasan daripada anggota-anggota badan si mukmin itu`.  Maka Allah memerintahkan : ` Tulislah namaKU di atas telapak tangan mu dan tunjukkanlah kepada roh si mukmin itu sehingga roh si mukmin itu mengetahuinya.  Kerana cintanya terhadapnya maka keluarlah roh itu dari mulut.

Demikianlah berkat daripada Asma Allah yang karena berkatNya maka hilanglah rasa mati ketika nyawa itu di cabut dan karena berkatNya pula terhapuslah segala macam siksa dan derita.

Rasulullah 

صل الله عليه وسلام

 bersabda :

~*~
Nyawa daripada orang mukmin akan keluar dari jasadnya saperti keluarnya rambut dari adunan roti.

Hadis ini pernah diteliti kebenarannya oleh seorang ahli ma`rifah untuk mengetahui adakah hadis ini sesuai atau pun senada dengan Al-Quran, satelah mencari-cari dalam Al-Quran dia  gagal  menemuinya. Akhirnya pada suatu malam ia bermimpi bertemu Rasulullah dan bertanya hal demikian.

Rasulullah 

صل الله عليه وسلام

 bersabda :
~*~
Coba carilah dalam surat Yusuf.

Kemudian satelah bangun dari tidurnya ia mencari-cari dalam surat Yusuf, maka didapatinya ayat yang maksudnya :

((*)) Keluarkanlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka.  Maka takala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keindahan rupanya) dan mereka melukai jari tangannya...((*))

~*~*~